The mysterious | Teen Ink

The mysterious

April 11, 2016
By Syazwana BRONZE, Terengganu, Other
Syazwana BRONZE, Terengganu, Other
3 articles 0 photos 0 comments

Aku berseorangan di dalam bilik ini.Deruan angin yang kuat datang dari tingkap yang terbuka,langsir berterbangan ditiup angin kuat.Dedaun pintu terbuka dan tertutup dengan bunyi yang kuat.Angin yang kuat itu hilang secara tiba-tiba.Aku berasa sedikit pelik.Aku terus berselubung dengan selimut.Kedengaran pintu bilik dikuak,bunyi tapak kaki semakin mendekat.Lama,aku takut untuk membuka selimut.Tiba-tiba selimutku ditarik dengan kasar dan pisau yang tajam menusuk leher aku dan aku terus terbangun dari tidur dengan nafas yang tercungap-cungap.

    Aku terus melihat jam di atas meja tidur.Dah pukul 8:30 pagi,aku bingkas bangun dari katil,capai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air.5 minit selepas itu,aku keluar bilik air dan terus menyalin pakaian.Siap menyalin pakaian,aku mencapai beg,kunci kereta dan kunci rumah.Aku masuk ke dalam kereta dan terus memandu.Selepas 15 minit memandu aku melihat tarikh pada jam tanganku.Hari ini hari Ahad,aku tak ada kelas.Aduhai,ini semua salah mimpi yang mengarut pada malam tu,aku mengomel seorang diri.

    Dalam perjalanan ke restoran pilihanku,aku menyedari ada sebuah kereta hitam BMW 7 series mengekori kereta aku.Aku berlagak biasa dan tenang tetapi lama kelamaan aku menjadi gelisah sudah jauh tetapi kereta BMW itu masih mengekori kereta aku.Aku teringat kejadian mimpi malam tadi dan terus berfikiran negatif.Aku pecut dan kereta itu juga pecut dalam sekelip mata sahaja sudah seiring denganku.
Aku kereta MYVI memang mudah dikalahkan dengan BMW 7 series.Aku memperlahankan keretaku,kereta itu juga memperlahankan kelajuannya.Aku membuat  keputusan untuk berhenti di balai polis.

    Perjalanan ke balai polis terdekat mengambil masa 10 minit.Setelah berada di depan pintu pagar balai polis kereta itu pergi meninggalkan aku dengan hon yang kuat seperti tanda amaran.Aku memberhentika  kereta dan terus masuk ke dalam balai polis untuk membuat laporan.Pihak polis akan menyiasat kes ini.Aku berasa sangat lega tetapi masih takut untuk balik ke rumah.Aku membuat keputusan untuk pergi ke rumah kawanku.

    Selepas sampai di rumah kawanku,aku terus menelefonnya dan memberitahu yang aku berada di hadapan rumahnya.Dia menyuruh aku tunggu sebentar kerana dia keluar sekejap.Selepas 10 minit menunggu,tiba-tiba sebuah kereta BMW 7 series yang sama mengekori aku tadi berhenti di hadapan pagar rumah kawanku.Aku sangat berdebar.Pintu kereta itu terbuka dan rupa-rupanya kawan aku yang keluar dari kereta itu.Aku mematikan enjin kereta dan keluar dari kereta.
   
    Kawan aku berkata dia meminjam kereta ini dari kawannya.Rupa-rupanya kawan aku yang mengejar aku sebentar tadi.Aku memarahinya kerana menakut-nakutkan aku.Aku menelefon pihak polis dan memberitahu perkara sebenar dan meninta maaf.Aku juga memberi tahu kepada kawan aku nasib malang aku hari ini.



Similar Articles

JOIN THE DISCUSSION

This article has 0 comments.